Sunday, May 15, 2011

PABILA KLATE NGAMOK!











SEBELAH KAKI KE FINAL
apabila The Red Warriors berjaya menundukkan keegoan  
Red Giants di laman sendiri pd Separuh Akhir 1 Piala FA semalam.

 











Kemenangan 5-1 ke atas Selangor itu ternyata membawa 
bekalan yg cukup selesa pd perlawanan Separuh Akhir 2 
yg akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Selangor pula nampaknya perlukan keajaiban 
sekiranya ingin meneruskan impian ke final.
( tapi aku sero meme takdop harape doh sep selangor nih )
hahhaaa...

 











Kepado team KELATE
Teruskan Perjuangan!
bia sep kito buleh wat balik 
PIALA FA tahun nih.
InsyaAllah..
GOMO KELATE GOMO!!


GOOOoooooLLLL!!!!

KELANTAN
1st & 2nd goal : Ramzul
3rd goal : Badhri Razi (Piya)
4th goal : Azwan Roya
5th goal : Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
SELANGOR
Gol "Saguhati" : Amri Yahya 

Thursday, May 12, 2011

Rindu Dragonball laa pulak!

Korang yg lahir thun 90an mesti ingat anime ni kan? hehee... 
sedar tak sedar dah lebih 5 tahun ia meninggalkan kita.. 
seingat aku Dragonball ni start main mase aku umur 6 tahun..
sampai aku darjah 6 baru laa ending..
Fuhh! punya lah lama..hahhaah!
tak dinafikan citer ni memang best.. 
kalau tak mesti takde yang sanggup ponteng sekolah 
gara2 nak tengok Dragonball dulu.. 
alasan yg biase digunakan ialah demam..
asal ari ahad jer mesti demam..
sampai cikgu pun naik heran..
Yang selalu bangun lewat pun tetiba jer terbangun awal..
sebabnya nak tengok Dragonball..
kiranya anime ni dulu memang dah sebati
ngan jiwa kanak2 masa tu..
pastu g skolah jer sembang2 pasal episod yang lepas2..
yang pandai melukis plak abis buku dia pi lukis muka Goku..
padahnya kena laa bedal ngan cikgu...
hahaha...

Antara lagu2 Dragonball yang femes 







p/s : kadang2 bila teringat zaman hingusan ni rase cam nak jadi kecik balik jer...hahah 

Wednesday, May 11, 2011

Islam, Melayu dan Perpecahan

Perpecahan...
itulah ungkapan bagi Melayu Islam sekarang,
tidak pernah kenal erti penat lelah
dalam menempuh perbalahan sesama umat,
bagaikan dirasuk iblis bertopengkan politik
demi mempertahankan kuasa dan harta.
  Alasannya untuk kepentingan rakyat dan akhirat!

Si Murai Penipu pula lantang bersuara,
melaungkan provokasi memecahkan perpaduan,
fitnah sana fitnah sini selalu dijadikan amalan,
Al-Quran dan As-Sunnah diputarbelitkan.
 Ada pula yang rela menjadi pengkhianat Islam,
menghalang cadangan penyatuan dan perdamaian, 
dalam menjaga kepentingan diri agar ianya tidak terlepas dari genggaman.

Tidak malukah kita pada bangsa lain?
berdekah-dekah ketawa melihat kebodohon Melayu,
sedangkan di bumi Melayu sendiri mereka hidup bersatu padu,
meneruskan dakyah menyebarkan agama, 
sedangkan Islam leka bertengkar berebutkan kuasa, 
berkongsi masjid pun tidak mahu atas dasar politik berbeza.

Sedarlah wahai umat Melayu Islam !!
sedangkan Hamas dan Fatah boleh berdamai,
melupakan perang saudara yg tercetus sekian lama,
demi mengembalikan semula Palestin tercinta,
dari cengkaman Zionis si celaka!

"Takkan Melayu hilang di dunia"
ya, memang benar kata2 Hang Tuah itu,
tetapi tiada guna jika hidup merana,
tanah tergadai badan terseksa.

Bersatulah orang Melayu!
Bersatulah umat Islam!
Lupakan segala percanggahan politik yang memecah belahkan kita,
demi menjaga kedaulatan negara dan agama,
jika kita mahu melihat nasib anak bangsa terbela..

Tiada gunanya bertengkar sana sini,
tiada gunanya kita mengangkat sepanduk,
semata-mata untuk menentang umat sendiri,
kelak mungkin memakan diri..

Natijahnya....
Janganlah terlalu asyik dan taksub bermain politik,
sehingga tergadai agama dan negara,
sedangkan musuh2 Islam sedang mengintai peluang,
peluang untuk kembali menjajah.


LUAHAN HATI SEORANG BELIA

Tuesday, May 10, 2011

Memartabatkan Muzik Indie Tanahair


Indie band - singkatan nama daripada Independent band - yang bermaksud band yang bebas/berdikari. Golongan yg terdiri drpd anak2 muda ini memperjuangkan seni tanah air dengan mencipta lirik dan lagu mereka sendiri tanpa memerlukan bantuan drpd komposer dan syarikat rakaman. Semuanya dihasilkan atas titik peluh dan usaha sendiri sama ada dlm mencipta lagu dan mengeluarkan EP / Single / Album. Mula dikenali di gig2 dan konsert2 mini yang biasanya diadakan di dalam sebuah dewan dan disertai penonton2 atau crowd yang hanya dalam bilangan kecil. Album / EP / Single yg dihasilkan dijual kpd peminat2 yg datang ke gig2 untuk melihat performance mereka. 



Band2 yg juga turut dikenali sebagai underground band ini sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia - bermula sejak sekitar tahun 1990an - dan ada di antara mereka yang dah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Ada juga yg dah pun berpecah membawa haluan masing2 dan ada yg maseh kekal meneruskan perjuangan sehingga kini. Tidak ketinggalan ada pula yg menubuhkan band lain setelah meninggalkan band asal mereka. Dek krn kebanyakkan drpd mereka ketika itu memperjuangkan irama2 yg agak bingit (metal, grunge,hardcore, dsb), golongan anak2 muda ini pernah dituduh dan dikaitkan dgn BLACK METAL menyebabkan ramai di antaranya menyepikan diri..





Namun kini band2 indie nampaknya sudah bangkit kembali mewarnai industri muzik tempatan dgn membawa genre2 muzik yg lebih segar dan berjaya memanjat tangga2 carta muzik Malaysia sehingga meletakkan mereka seiring dgn artis2 arus perdana... Ada juga yg telah mengecapi kejayaan dgn memenangi beberapa anugerah berprestij di dalam industri muzik tanahair.  Di sini juga mula memperlihatkan peranan media yg mula terhegeh-hegeh ingin mengenali golongan ini secara lebih mendalam sedangkan jatuh bangun mereka sebelum menembusi arus perdana tiada siapa pon yg ambik tahu! Inilah silap orang kita.. terlalu memuja budaya2 import...mengagungkan artis2 dari luar negara sehingga lupa akan adanya bakat2 yg terserlah tapi kurangnya pendedahan dari pihak2 yg bertanggungjawab. Bila dah femes baru lah datang pihak2 dari media itu lah.. ini lah... stesen2 radio yg dulu hanya memainkan lagu2 import datang nak tolong promote n support laa 'konon'nya... memang tidak dinafikan peranan media dan wartawan sedikit sebanyak membantu mengangkat nama2 mereka.. namun ada baiknya jika pihak media dan stesen2 radio dapat mengangkat golongan pemuzik bebas ini sejak dari awal lagi.. Tidak salah utk kita meminati muzik2 international tapi jgn lah kita lupa utk menyokong muzik tempatan! kita ambik yang baik yang buruk kita buang.. Jangan jadi "anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran"...Syukurlah sekarang ramai pihak yg telah mula menyedari akan kehadiran band2 indie ini akan memberi nafas baru kpd industri muzik tempatan yg mengalami kejatuhan akibat kebanjiran pemuzik2 dari luar negara...
Jangan Kita Biarkan Muzik Malaysia Dijajah

p/s : terima kaseh kpd stesen radio XFM yg telah menyokong muzik indie tempatan sejak awal penubuhan lg sehingga mereka diterima oleh masyarakat sekarang... "SUPPORT OUR LOCAL!"

Sunday, May 8, 2011

Tak habis-habis....

Kali ni aku nak sembang skit sal Industri Filem Tempatan kita yang sekarang nie memang tengah "naik" ngan filem2 seram, romantik, komedi, seram balik, pastu romantik, seterusnya komedi, dan akhirnya seram... hahaha... nak tak nak ini lah dia realiti filem2 tempatan sekarang... TAK HABIS-HABIS ngan genre sama...dah macam xde citer laen.. nsib baek jalan citer jer yg tak sama... hehehe... nak kata tuan director kita nie tak kreatif rasanya tak masuk akal kot sebab smuanya memang dah berpengalaman... tapi knape asyik2 kluar citer same jer nih? adoii...konpius ambo! mana tak nye... masuk jer tahun 2011 nih dah LIMA buah filem seram sudah diterbitkan... sampai dah naik muak dah aku ngan filem2 sebegini... aku rasa klau jumpe antu kat mana2 pon lpas nih mmg org dah tak ambik kesah dah...hahah! yang herannya... macam dah jadi satu trend plak tuan2 director kita nih nak terbitkan filem seram sekarang nie...


Kalau diimbas kembali nostalgia zaman2 kegemilangan filem tempatan dulu.... memang tak dinafikan filem2 kita pada zaman itu boleh dikatakan setaraf ngan filem2 dri luar negara... bukan jer berkualiti malah genre filem yg diterbitkan pun berbeza-beza. Sebagai contoh Jefri Zain (1968), filem penyiasatan tempatan ala2 James Bond lakonan Dato' Jins Shamsudin yg menjalani penggambaran di China memang setanding dgn filem2 antarabangsa lain pada ketika itu. Jadi tak hairanlah kalau filem2 kita dulu terkenal di mata dunia.. Tapi sekarang tak! masing2 wat keluar citer yg nak hampir2 sama jer... kejap2 hantu, kejap2 jer keluar bomoh...ahaha... pastu kalau citer komedi plak ( kebanyakan lar.. bukan semua ) macam buat2 jer lawak tuh... loya tekak aku nengoknye =,="..... dan kalau ada pun filem yg laen dari yg laen cuma sekali dua jer dalam setahun.... yang laen semuanya dimonopoli oleh filem2 yang berunsur macam ni especially unsur seram... dan sekarang digabungkan plak kedua-dua genre tadi maka trjadilah filem komedi seram!! haaaa ~ pasai nie laa zaman serba moden skrg nih dah timbul balik isu2 susuk mnyusuk dan bomoh palsu pe smua nie... cubalah cari idea lain skit klau nak buat sesebuah filem tuh... beranikan diri untuk try buat filem yang berbeza... yang jarang orang tonton... baru lah gempak! baru penonton2 pon tak merase bosan ngan filem2 tempatan!
p/s : kalau semua filem tempatan mcm filem2 terbitan KRU kan bagos! Ada kelainan.. berani ambik risiko wat filem2 bajet besa dan tak pernah dibuat oleh mana2 produk perfileman tempatan sebelom nih - seperti HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA dan CICAKMAN 1 & 2.... hasil pulangan yg mereka dpt pun memberansangkan..

Sedutan drpd filem Jefri Zain-Bayangan Ajal.
Zaman sekarang dah takde dah filem2 spy tempatan ala2 James Bond nih walaupun teknologi sudah maju. Ini amat merugikan sebab kita tidak menggunakannya terutama dalam pembikinan filem.

Saturday, May 7, 2011

Melangkah Ke Dunia Baru


Alhamdulillah... Hanya itu yang mampu ku ucapkan setelah mendapat tawaran untuk sambung blajar di Fakulti Sains Komputer dan Matematik ( Diploma Sains Komputer ), UiTM Machang, Kelantan. Alahhaaiii... Machang jer?? apsal bleh dekat sangat? hahaa...tu lah persoalan2 yg mula2 brmain di fikiran... tapi bila aku fikir2 balik... semua nih mungkin ada hikmah di sebalik kejadian... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya dan kita sebagai makhluk ciptaanNya tak perlu mempersoalkan kejadian yang Allah dah tentukan... kita hanya perlu bersyukur dan redha atas ketentuanNya... mungkin rezeki aku dah memang kat sini... sape tau suatu hari aku akan berjaya ngan course yang ditawarkan kpd aku kat sini...kan? heheh... so ngan azam dan cita-cita yang baru nih aku dah tekad nak pegi... lantak la orang nak cakap ape... peluang dah ada depan mata... jangan lepaskan! hahah

Pintu masuk UiTM Machang

p/s : bleh balik sokmo la aku klu dop dekat2 nih! ahahaha..

Thursday, May 5, 2011

Bittersweet - 1234 ( Official Music Video )

BITTERSWEET mrupakan salah satu band yg paling berpengaruh di Malaysia wat masa skrg nih dan mempunyai ramai pminat diorang yg trsendiri (trmasuk aku)... band ini tlah ditubuhkan pd thun 2004 ( lbih awal dr HUJAN & BUNKFACE ) yg mna brinspirasikan band2 UK / Britpop.. muncul dgn EP Night Morning Tales pd ketika itu tlah melonjakkan nama diorang di prsada seni tanah air... Setahun kmudian pula mnunjukkan diorang tlah brjaya melancarkan album pertama diorang yg brjudul A Perfect Match dan hasilnya, diorang dpt mengukuhkan kdudukan dlm industri muzik tmpatan... NOW!! diorang kmbali lagi ngn album trbaru diorang Empire Transition... ni adalah salah sbuah lagu yg tlah dmuatkan dlm album trbaru diorang dan mrupakan antara lagu pling TOP dlm carta radio2 tempatan spt XFM dan Hitz.fm...
p/s : aku xtau nk ckp ape dah.... mmg terrbbaaeekkk arr video nih!!
one two three four five
how many times untill you can decide
what's wrong when u can't feel it right?
no need for you to run and hide

five six seven eight
we didn't came here to educate
we came here just too stay up late
alert your friends there'll be a raid

no matter what you do
or where you go
it's in your brain
because u just can't let it go

one two month before
she made me wrote this silly line
i can't get through but is that a crime? 
im lost for words forgot how it rhyme

five six seven times
attractive still your eyes and smile
it makes me feel so good inside
because it'll come to you when the time is right

no matter what you do
or where you go
it's in your brain
it's in your vein
because u just can't let it go

hey wait
i can wait
everybody's looking for better days
and i keep looking for better ways
dont you worry there will be another day

Bangun Pagi Cari Makan !

assalamualaikum! heheh...ari nih ambo nk share skit psal breakfast ambo...oleh sbb ambo dah lamo x men'cekik' bnde nih...so ambo nk share la skit sal breakfast yg ambo da bedal pg tdi nie...hahaha...

haaa....ni lar dia...korang yg bkn asal dri kelate ak sure mmg xbiase nengok nsik cmni..kan? kan?? hahah.
nie org pnggil NASI DAGANG...nasik nih biasenye org taruk gulai ikan/ayam...pastu dtambah nye lg ngn telur dan 'arca timun' ( ak xtaw la pe bnde org luar pnggil nih...nie ak tulis ikut loghat klate jer.. ) dan ada plak yg taruk sambal kelapa ( ore klate pnggil sambal nyior )...perrkkhh! mmg terbaek laa!! sape2 yg nk try tuh..hah! sila lah dtg ke KELANTAN ! org kate lom try lom taw...haaa~ dtg jgn xdtg!
yg nih plak nme dy NASI KERABU...nasik nih mmg da femes dah...satu malaysia pon da knal nsik nie ambo raso...sape2 yg dtg mlancong ke KELANTAN mmg xsah lau xtry nsik nih...heheh...nsik nie slalunye org akan mkan ngan daging/ayam  bakar...kt atas tu dy taruk ulam ( mcm2 ulam ade...ak sndiri pon xknal ), sambal, keropok pon ada gak! pastu yg pling best nye....dy kasi tmbah plak ngan budu kt atas tuh...biase la...ore klate nih klu xmkn budu mmg xsah!

yg nie smua pon da knal...cume satay kt klantan nih dy mkn ngn nasi kampit...rsenye kt negeri laen pon same jer...satay mmg dh jd mknn tradisi org2 klantan sjak dlu lg...antara satay yg femes kt klantan skrg ialah di Restoran Satay Baung...haaa ~ korang lau dtg klantan tuh bleh la carik restoran nih...
so, kpd korg yg dok negeri laen tu lau trjumpa kt mana2 warung ke...kedai mkan ke...mane2 je laa kt tmpt korang, ak syorkan sgt korang try la msakan ore klate nih...tak pon korg dtg jer mkn kt klantan...sure lg best sbb dpt mkn yg ori punye! heheheh....
p/s : smbil2 nok promote TAHUN MELAWAT KELANTAN ...pakat maghi melawat lar blako2 weh!

Wednesday, May 4, 2011

SAH Beraksi Di Malaysia!!

haaa~ ni aku ade brita bbaek wat peminat2 fanatik bola sepak kt negara kta skrg nih....TIGA kelab gergasi Eropah ~ CHELSEA, ARSENAL, LIVERPOOL ~ tlah mngesahkan kunjungan diorang ke sini utk mnguji skuad bimbingan K.Rajagopal pd bulan Julai nih...aku mmg dh trdgr dh pon psal ni dlu...tp time tuh yg ak dgr chelsea jer yg btul2 konpem nk dtg Malaysia...tp ptg tdi tengoh ak dok belek2 paper...trbace lar plak brita yg mngatakn kunjungan tiga kelab gergasi nih ke Malaysia tlah disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.. Tp stakat nih hnye chelsea jer yg dh mngesahkan tarikh dorang nk dtg sini (21 Julai 2011).. yg dua lg tu blum tetapkan tarikh lg... so kpd sape2 yg nk cri jersi ke...yg nk mntak otograf ke ngan Lampard / Fabregas / Gerrard / Torres mahupun DROGBA tuh cpat2 laa pi tmpah tiket!! hahaha..
p/s : wat mari laa mano2 kelab bolasepak pun...sokongan ambo tetap pd HARIMAU MALAYA!!hahahaahh....kaloh mene kito x caro! asal wi sokongan!!

Skuad Bolasepak Olimpik 2012 : Realiti atau Ilusi

Realiti atau sekadar ilusi?? itulah prsoalan yg mghantui skuad Harimau Muda yg akan melayakkan diri ke sukan Olimpik 2012 di London mmandangkan prestasi kurang memuaskan dlm Liga Super setelah mngalami byk kekalahan n klau mnang pon hanya skadar kemenangan tipis jer....Skuad kendalian Ong Kim Swee ini nmpknya perlu bkerja kras skiranya ingin melayakkan dri ke sukan olimpik thun dpan n perlu bjak mngatur strategi dlm mnghadapi ujian getir mnentang Lebanon pd prlawanan klayakan pusingan kdua nanti...
Walaupun kputusan undian prlawanan bru2 ini melegakan byk pihak, namun prlawanan ini tdak boleh dpandang remeh krn skuad Lebanon pasti akan mmpamerkan aksi cemerlang mreka n sudah smestinya mgkaji stiap taktik prmainan skuad Harimau Muda...
Mampukah Harimau Muda mngulangi sejarah melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012 setelah hampir tiga dekad Malaysia tdk dpt mnyertainya?
Skuad Olimpik Malaysia yg pernah braksi di Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat pd thun 1972. Ini adalah kali trakhir skuad kebangsaan braksi di Sukan Olimpik n juga kali trakhir bndera Malaysia, Jalur Gemilang, dnaikkan di temasya sukan trsebut. Kali kdua Malaysia dpt mlayakkan diri pd thun 1980 di Moscow, namun krajaan Malaysia memboikot temasya itu krn membantah pncerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Tp aku yakin dan prcaya Malaysia mmg boleh n mampu mngulangi sejarah utk braksi d Sukan Olimpik 2012..Insya-Allah!
Kemenangan Piala AFF Suzuki ari tu pon takde sape yg sangka n ada yg brpndpt Malaysia dah xde harapan dah bla kalah 5-1 ngn Indonesia pd pusingan prtama...
namun berkat keazaman dan semangat MALAYSIA BOLEH!~BERJUANG HINGGA TITISAN TRAKHIR!MEMARTABATKAN NAMA NEGARA~ Skuad Harimau Malaysia brjaya mmbawa pulang Piala AFF ke tanah air wat kali prtama...smangat cmni la yg kite mau...pnyokong2 Malaysia pon dah kmbali memenuhi stadium...aku arap Skuad Bolasepak Malaysia dpt mngekalkan momentum n tdak mudah mnyerah kalah walau sape pon lawan kite dan tdak mustahil jika satu hari nanti skuad kebangsaan dpt braksi bkn jer di pringkat sukan olimpik malah di pringkat Piala Dunia...

Dan kpd penyokong2 Harimau Malaya, truskanlah mnyokong...jgn la plak sokong time menang jer...time kalah xnak sokong...tu pnyokong 'suam2 kuku' nmanya...hahah....BERDIRI TEGUH DI BLAKANG HARIMAU MALAYA!! MALAYSIA....TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!
Apek ( Khairul Fahmi Che Mat ) selaku kapten pasukan dharap dpt mnunjukkan aksi cemerlang bersama skuad Olimpik 2012 dan mempertahankan gawang gol drpd dbolosi pemain lawan.

Kelibat Muhd Fakri Shaarani mampu membantu Skuad bimbingan Ong Kim Swee dlm usaha utk melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik London 2012.
I AM YOUR GREAT SUPPORTER!! HIDUP MATIKU HARIMAU MALAYA!!

Tuesday, May 3, 2011

First Impression !

n finally, i did it!! ahahaahha....puah hati mlek braso blo ak brjayo wt NATAM goni nihh!! ak pon xthu la cmne bleh trbuko ati nk join blog nih...jd sape2 nk follow tuh amatlah dialu-alukan....nih bru muqaddimah jerr...yg laen akn mnyusul kmudian...tu pon klu ak rjin nok update! muahahah....juz wait n see!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...