Indie band - singkatan nama daripada Independent band - yang bermaksud band yang bebas/berdikari. Golongan yg terdiri drpd anak2 muda ini memperjuangkan seni tanah air dengan mencipta lirik dan lagu mereka sendiri tanpa memerlukan bantuan drpd komposer dan syarikat rakaman. Semuanya dihasilkan atas titik peluh dan usaha sendiri sama ada dlm mencipta lagu dan mengeluarkan EP / Single / Album. Mula dikenali di gig2 dan konsert2 mini yang biasanya diadakan di dalam sebuah dewan dan disertai penonton2 atau crowd yang hanya dalam bilangan kecil. Album / EP / Single yg dihasilkan dijual kpd peminat2 yg datang ke gig2 untuk melihat performance mereka.
Band2 yg juga turut dikenali sebagai underground band ini sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia - bermula sejak sekitar tahun 1990an - dan ada di antara mereka yang dah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. Ada juga yg dah pun berpecah membawa haluan masing2 dan ada yg maseh kekal meneruskan perjuangan sehingga kini. Tidak ketinggalan ada pula yg menubuhkan band lain setelah meninggalkan band asal mereka. Dek krn kebanyakkan drpd mereka ketika itu memperjuangkan irama2 yg agak bingit (metal, grunge,hardcore, dsb), golongan anak2 muda ini pernah dituduh dan dikaitkan dgn BLACK METAL menyebabkan ramai di antaranya menyepikan diri..
Namun kini band2 indie nampaknya sudah bangkit kembali mewarnai industri muzik tempatan dgn membawa genre2 muzik yg lebih segar dan berjaya memanjat tangga2 carta muzik Malaysia sehingga meletakkan mereka seiring dgn artis2 arus perdana... Ada juga yg telah mengecapi kejayaan dgn memenangi beberapa anugerah berprestij di dalam industri muzik tanahair. Di sini juga mula memperlihatkan peranan media yg mula terhegeh-hegeh ingin mengenali golongan ini secara lebih mendalam sedangkan jatuh bangun mereka sebelum menembusi arus perdana tiada siapa pon yg ambik tahu! Inilah silap orang kita.. terlalu memuja budaya2 import...mengagungkan artis2 dari luar negara sehingga lupa akan adanya bakat2 yg terserlah tapi kurangnya pendedahan dari pihak2 yg bertanggungjawab. Bila dah femes baru lah datang pihak2 dari media itu lah.. ini lah... stesen2 radio yg dulu hanya memainkan lagu2 import datang nak tolong promote n support laa 'konon'nya... memang tidak dinafikan peranan media dan wartawan sedikit sebanyak membantu mengangkat nama2 mereka.. namun ada baiknya jika pihak media dan stesen2 radio dapat mengangkat golongan pemuzik bebas ini sejak dari awal lagi.. Tidak salah utk kita meminati muzik2 international tapi jgn lah kita lupa utk menyokong muzik tempatan! kita ambik yang baik yang buruk kita buang.. Jangan jadi "anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran"...Syukurlah sekarang ramai pihak yg telah mula menyedari akan kehadiran band2 indie ini akan memberi nafas baru kpd industri muzik tempatan yg mengalami kejatuhan akibat kebanjiran pemuzik2 dari luar negara...
Jangan Kita Biarkan Muzik Malaysia Dijajah
Jangan Kita Biarkan Muzik Malaysia Dijajah
p/s : terima kaseh kpd stesen radio XFM yg telah menyokong muzik indie tempatan sejak awal penubuhan lg sehingga mereka diterima oleh masyarakat sekarang... "SUPPORT OUR LOCAL!"
No comments:
Post a Comment