Saturday, October 15, 2011

Antara Brit-Pop Dan K-Pop

Okay! Topik kite pada hari ini ialah mengenai muzik..
Korang tengok title kat atas tu pon dah tahu
aku nak sembang sal ape kan?
Tapi kenapa Brit-pop dan K-pop jer?
yang lain camne??
hehehe.. aku saje jer nak bandingkan dua genre 
yang kiranya dah MELETOP n dah femes
ngan muzik yg mereka bawa di serata dunia sekarang ni..
cuma yang membezakan antara dua genre tersebut 
ialah perbezaan masa dan rentak muzik jer.
Aiihh! berbeza lagu mana plak tu?
aaa...mai bior teman citer kat kome..
hahaha..
  
Memandangkan sekarang ni demam K-pop tengah melanda dan memberi impak besar kepada negara kita (konon).. so biar aku citer dulu tentang muzik K-pop nie kat korang.. :P

K-pop atau nama panjangnya Korean Pop
yg mana berasal dari negara Korea
dan mula mencipta nama di persada seni dunia sejak akhir2 ini..
Biasanya ditubuhkan dalam 6,7 orang ahli dalam satu group..
n ada gak yg sampai 10 orang... 
Aihh! bior betol dorang nih.. 
ni nak menyanyi ke nak wat sarkas nih? hahaha.. 
Yang paling penting, dorang ni gak bukan jer pandai nyanyi 
tapi menari pon dorang reti gak..
Huh! Bukan senang uh! 
dah la muka lawa (yg pompuan laa)...
bleh berdarah hidung aku 
kalau tengok lama2 aweks-aweks korea nih.. hahax~
group2 yang dianggotai lelaki plak biasa r kan.. 
kalau tak buat awek2 kat Malaysia ni cair, 
terpekik-pekik sampai mengalahkan orang sakit mental 
bila tengok gambar dorang memang tak sah 
(baru tengok gambar, lau betul2 jumpa taktau la ape nak jadi).. 
dorang punya muka tu pon dah lima kali ganda 
lagi ensem dari mamat2 kita kat sini.. 
nak wat camane.. 
dah realiti dia camtu.. 
terima jer laa..kahkah!

Konklusinya, mereka ni memang bijak dalam mengeksport muzik mereka ke serata dunia. Di samping keunikkan muzik yg dibawa, mereka juga menggunakan paras rupa untuk menarik populariti peminat2 mereka. Sebab tu la ada antara artis2 Korea yg sanggup melakukan pembedahan plastik 
semata-mata untuk mencari publisiti peminat.. :)










Dah abis bincang sal K-pop, jom kita berkenalan lak ngan Brit-pop..
Britpop atau pada asalnya dipanggil British Pop..
telah wujud sejak era 1960'an lagi
dan menjadi semakin terkenal serta 
berjaya mengharungi pelbagai 
perubahan arus muzik dunia dengan jayanya..

Biasanya dorang nie tergolong dalam kalangan anak2 muda
yg enjoy ngan muzik, suka melalak untuk release tension dan
tak lupa gak yg ingin menyuarakan pendapat n kritikan tentang
masalah dunia, peperangan, politik dan juga tentang cinta..
memandangkan dorang sukar untuk meluahkan perasaan
kpd pihak yg berkenaan, maka dorang amek keputusan
untuk luahkannya melalui lirik2 lagu..


Dan selalunya dorang ni bergerak secara berkumpulan (band) dalam menghasilkan karya mereka sendiri. Sebab tu lah kebanyakkan dari band2 British ni tidak bergantung
kepada mana2 syarikat rakaman.. Semuanya dihasilkan menggunakan kreativiti sendiri (Independent/Indie).


In fact, ada di antara band2 ini yang dah mencipta nama besar dalam industri muzik dunia hingga dijadikan lagenda dan terus disegani sampai sekarang. Namun, muzik Britpop yang dibawa oleh band2 legend tersohor seperti The Beatles,
The Who, The Doors dan yang sefemes dengannya tidak terhenti begitu jer..

Ramai band2 dari British sekarang yang turut mencipta nama selepas mereka seperti Oasis, Arctic MonkeysThe Kooks, Babyshambles, The Libertines dan lain2... dan bilangannya semakin bertambah dari satu tahun ke satu tahun..

Genre ini gak turut mempengaruhi 
sebahagian besar band2 dari negara lain
untuk turut cuba membawa muzik Britpop 
yang diketengahkan oleh mereka ini..
Dengan ini gak terbuktilah yang mereka
dah berjaya mempengaruhi dunia 
dengan muzik Britpop yang dibawa oleh mereka..

JUSTERU ITU, apa pandangan korang tentang dua genre ni? hehehe.. lu pikir ar sendiri..
Bagi aku, kepada mereka yang lebih kepada jiwa R&B/Techno/Dance 
dan moden + jiwang skit2..heheh.. 
maybe dorang akan memilih kepada muzik K-pop..
Manakala kepada mereka2 yang berjiwa
classic rock, retro, rock 'n' roll..
akan lebih berminat ke arah muzik Brit-pop..
So, aku nak korang nilai lah sendiri lepas tengok Music Video ni..
Sekian.

BRITPOP





K-POP




P/S : BRITPOP TETAP DI HATI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...