Wednesday, October 19, 2011

KARATHU LETAK JAWATAN

Jurulatih Bolasepak Kelantan, Dato' M. Karathu semalam mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai jurulatih Kelantan dan ingin meluangkan sepenuh masanya bersama keluarga tercinta.. Hadoii, ni pe kes plak ni dato' ? Takkan pasal kalah ngan Terengganu hari tu dah nak lepas jawatan kot? hehe.. Pape pon keputusan yg diambil adalah untuk masa depan bola sepak Kelantan. Mungkin dia nak bagi can kat coach laen plak untuk ambik alih.. Haa~ cakap pasal coach ni agak2 sape laa yang akan menggantikan tempat beliau?
Ada ura-ura yg mengatakan kemungkinan seorang jurulatih yg berasal dari luar negara yg akan mengisi tempat Dato' Karathu a.k.a Pokka nih.. dan dia pernah melatih pasukan Kelantan sebelum ini serta telah berjaya melayakkan team The Red Warrior ke final Piala FA pada tahun 2009.. Malangnya jurulatih tersebut tidak kekal lama di bumi Kelantan.. dan kini adakah beliau akan kembali membimbing pasukan Kelantan? Aku rasa bagi mereka yang sentiasa up-2-date ngan bola sepak tempatan mesti dah kenal ngan mat saleh ni kan? hahahaa... Sape lagi kalau bukan Peter James Butler.. antara jurulatih yang boleh dikira terer gak ar dalam penyusunan formasi dan taktikal ni..
ada sesetengah pula berpendapat bahawa coach terdahulu The Red Warrior sebelum Dato' M.Karathu, iaitu B.Sathiathan yang akan kembali mengambil tugas beliau setelah enam bulan digantung oleh pihak FAM.. Sathia atau nama gelarannya, Pokya, memang dah serasi dan sentiasa rapat walaupun adakalanya tegas ngan player2 Kelantan.. beliau gak pernah membimbing pasukan Kelantan sehingga berjaya menjulang Piala Malaysia pada tahun 2010.. so, tidak mustahil Pokya akan dipanggil kembali untuk melatih pasukan Kelantan.. Ape2 pon, kita tunggu jer result dari Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pada masa akan datang.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...