Wednesday, May 11, 2011

Islam, Melayu dan Perpecahan

Perpecahan...
itulah ungkapan bagi Melayu Islam sekarang,
tidak pernah kenal erti penat lelah
dalam menempuh perbalahan sesama umat,
bagaikan dirasuk iblis bertopengkan politik
demi mempertahankan kuasa dan harta.
  Alasannya untuk kepentingan rakyat dan akhirat!

Si Murai Penipu pula lantang bersuara,
melaungkan provokasi memecahkan perpaduan,
fitnah sana fitnah sini selalu dijadikan amalan,
Al-Quran dan As-Sunnah diputarbelitkan.
 Ada pula yang rela menjadi pengkhianat Islam,
menghalang cadangan penyatuan dan perdamaian, 
dalam menjaga kepentingan diri agar ianya tidak terlepas dari genggaman.

Tidak malukah kita pada bangsa lain?
berdekah-dekah ketawa melihat kebodohon Melayu,
sedangkan di bumi Melayu sendiri mereka hidup bersatu padu,
meneruskan dakyah menyebarkan agama, 
sedangkan Islam leka bertengkar berebutkan kuasa, 
berkongsi masjid pun tidak mahu atas dasar politik berbeza.

Sedarlah wahai umat Melayu Islam !!
sedangkan Hamas dan Fatah boleh berdamai,
melupakan perang saudara yg tercetus sekian lama,
demi mengembalikan semula Palestin tercinta,
dari cengkaman Zionis si celaka!

"Takkan Melayu hilang di dunia"
ya, memang benar kata2 Hang Tuah itu,
tetapi tiada guna jika hidup merana,
tanah tergadai badan terseksa.

Bersatulah orang Melayu!
Bersatulah umat Islam!
Lupakan segala percanggahan politik yang memecah belahkan kita,
demi menjaga kedaulatan negara dan agama,
jika kita mahu melihat nasib anak bangsa terbela..

Tiada gunanya bertengkar sana sini,
tiada gunanya kita mengangkat sepanduk,
semata-mata untuk menentang umat sendiri,
kelak mungkin memakan diri..

Natijahnya....
Janganlah terlalu asyik dan taksub bermain politik,
sehingga tergadai agama dan negara,
sedangkan musuh2 Islam sedang mengintai peluang,
peluang untuk kembali menjajah.


LUAHAN HATI SEORANG BELIA

5 comments:

  1. mu wat snirik ke ni ner?
    hebat ngat eh bahasa.. huhu

    ReplyDelete
  2. caya lah 6............wa tabik sama lu

    ReplyDelete
  3. yolo ko muner nih??hahaha..waaa
    cam tak sayo..^^.kui2..well aku suka entri nih..
    gud2...

    ReplyDelete
  4. biso sep2 mg...blaja mno maen angin?? hahah

    ReplyDelete
  5. tok maen angin doh, tok brehi eh maen angin...memea hok namo munir ni ganah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...