Monday, October 17, 2011

SAYANGILAH HAIWAN

HAIWAN adalah antara hidupan di Bumi yang dicipta oleh Allah selain daripada manusia dan tumbuhan. Namun, mereka ini sering menjadi mangsa
kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan pembangunan semata-mata.

Sedarkah kita? 
Berapa banyakkah spesies2 haiwan yg telah mengalami kepupusan disebabkan kita yang sering merampas habitat mereka?
Tahukah kita?
Berapa banyakkah haiwan2 liar yang dibunuh dengan kejam semata-mata ingin mendapatkan organ2 dan kulit mereka yang kononnya boleh membantu manusia untuk mendapatkan hasil yang lumayan, dijadikan penawar penyakit dan awet muda, serta dijadikan perhiasan2 itu? 
Ternyata semua itu tidak akan dapat dihitung mahupun dibayar sendiri oleh manusia yang sememangnya mementingkan kehidupan mereka sahaja.. Beginilah akibatnya jika terlalu mengejar kemajuan dan kekayaan dunia sehingga mengorbankan hidupan lain..

Yang tu part haiwan2 liar, ni yang haiwan2 kecik 
yang dok tepi2 jalan nih.. 
banyak gak yang menerima padah 
akibat kezaliman sesetengah manusia 
yang tidak berperikemanusiaan. 
Asal jumpa kucing jer terus sepak, 
jumpa anjing jer baling batu, 
dan macam2 lagi aktiviti2 yang boleh 
menyakitkan haiwan2 yang tak bersalah ini.. 

Hadoi! Apa nak jadi ngan manusia sekarang? Tak patot dorang wat camtu kat binatang2 yang tak terdaya nih. Baru2 ni plak ada satu klip video yang menayangkan seorang pompuan yang memijak kepala anak kucing dengan kasut tumit tingginya sehingga  kepala anak kucing tersebut pecah.. dan sebelum dipijak, pompuan tu telah memukulnya dengan payung... Giler ah!... aku yang tengok nih pon tak sampai hati, dia dengan selambe jer buat keje bodoh tu.. satu jer aku bleh cakap.. lu memang SETAN!


Sedangkan dalam Islam pun telah diajar dan dituntut untuk berbuat baik kepada binatang malah Rasulullah S.A.W sendiri juga pernah membela kucing dan suka berbuat baik kepada haiwan.

Rasulullah juga dikatakan pernah menggunting bahagian jubahnya yang sedang ditindih oleh seekor kucing yang sedang nyenyak tidur semata-mata tidak mahu mengganggu kucing itu tidur.









Antara hadis-hadis yang boleh dijadikan contoh dan bukti bahawa Islam menuntut umatnya supaya berbuat baik kepada binatang :
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

Ketika tengah berjalan, seorang laki-laki mengalami kehausan yang sangat. Dia turun ke suatu sumur dan meminum darinya. Tatkala ia keluar tiba-tiba ia melihat seeokor anjing yang sedang kehausan sehingga menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah yang basah. Orang itu berkata: “Sungguh anjing ini telah tertimpa (dahaga) seperti yang telah menimpaku.” Ia (turun lagi ke sumur) untuk memenuhi sepatu kulitnya (dengan air) kemudian memegang sepatu itu dengan mulutnya lalu naik dan memberi minum anjing tersebut. Maka Allah l berterima kasih terhadap perbuatannya dan memberikan ampunan kepadanya.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasullulah, apakah kita mendapat pahala (bila berbuat baik) pada binatang?” Beliau bersabda: “Pada setiap yang memiliki hati yang basah maka ada pahala.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

“Seorang wanita disiksa kerana kucing yang dikurungnya sehingga mati. Dengan sebab itu dia masuk ke neraka, (dimana) dia tidak memberinya makanan dan minuman ketika mengurungnya, dan dia tidak pula melepaskannya sehingga dia bisa memakan serangga yang ada di bumi.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari sahabat Abdullah bin Umar)
Islam juga memberi panduan dan mengajar manusia tentang cara-cara ketika hendak menyembelih haiwan 
agar haiwan itu tidak terseksa ketika disembelih sepertimana dalam hadis berikut :
“Sesungguhnya Allah S.W.T telah menentukan untuk berbuat baik terhadap segala sesuatu. Bila kamu membunuh maka baguskanlah dalam membunuh dan bila menyembelih maka baguslah dalam cara menyembelih. Hendaklah salah seorang kamu menajamkan belatinya dan menjadikan binatang sembelihan cepat mati.” (HR. Muslim)
- hadis ini menerangkan bahawa setiap manusia yang ingin menyembelih haiwan hendaklah menajamkan dahulu pisau sebelum menyembelih tetapi janganlah diasah pisau itu di depan haiwan yang ingin disembelih itu bagi menghormatinya.

Islam juga melarang manusia memaksa binatang untuk melakukan kerja2 yang berlebihan sehingga menyeksa tubuh binatang tersebut.
Dari sahabat Abdullah bin Ja’far z, dia berkata: Nabi S.A.W pernah masuk pada suatu kebun dari kebun-kebun milik orang Ansar untuk suatu keperluan. Tiba-tiba di sana ada seekor unta. Ketika unta itu melihat Rasulullah maka ia datang dan duduk di sisi Rasulullah dalam keadaan berlinang air matanya. Rasulullah bertanya, “Siapa pemilik unta ini?” Maka datang (pemiliknya) seorang pemuda dari Ansar. Rasulullah bersabda, “Tidakkah kamu takut kepada Allah l dalam (memperlakukan) binatang ini yang Allah l menjadikanmu memilikinya?! Sesungguhnya unta ini mengeluh kepadaku bahwa kamu meletihkannya dengan banyak bekerja.” (HR. Abu Dawud dll, Asy-Syaikh Al-Albani mensahihkannya dalam Ash-Shahihah no. 20)
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W melewati seekor keldai yang dicap pada wajahnya, maka beliau mengatakan: “Allah S.W.T melaknat orang yang memberinya cap.” (HR. Muslim)
-Namun boleh memberi cap pada binatang selain daripada wajah.



Larangan Islam terhadap haiwan juga seperti tidak menjadikan haiwan yang hidup sebagai sasaran dalam latihan memanah dan yang seumpama dengannya berdasarkan hadis :
Ibnu Umar r.a berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang padanya ada ruh sebagai sasaran untuk dilempar.” (Muttafaqun ‘alaih)

Oleh itu, kita selaku khalifah di muka Bumi ini
sepatutnya bertanggungjawab memelihara hidupan2 lain dan keindahan alam ciptaan Allah ini dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku bencana yang tidak diingini.
Pembangunan dan penerokaan hutan boleh dijalankan 
namun mestilah berpada-pada 
kerana ada hidupan lain yang lebih memerlukannya 
sebagai habitat untuk mereka meneruskan hidup.



SEKIAN!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...