Friday, October 14, 2011

ADIL KE TAK ADIL?

Haa...tu dia.. adil ke tak adil? pasai pa plak ngan adil ke tak adil nie? nak tau pasai paa...??
amboi3! bkn main bangga lagi muka dia lepas berjaya melayangkan 5 kad merah kat pemain2 yer..hehe
Hah! ni la dia...pasai mamat ni laa yang orang tengah heboh sampai kecoh abis satu malaysia sekarang ni.. kalau tak kerana beliau tidak melayangkan LIMA kad merah dan SEPULOH kad kuning kat pemain2 Kelantan dan Terengganu pada malam Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia baru2 ini...sumpah takkan kecoh punyer... Dan kerana mendapat TIGA layangan kad merah drpd beliau juga lah menyebabkan Kelantan kalah tersungkur 1-3 kpd Terengganu pada malam itu akibat pemain2 The Red Warriors yg hilang fokus dan tertekan dgn keputusan pengadil. Manakala Terengganu pula menerima nasib yg sama setelah dua orang pemain mereka, Ismail Faruqi dan Zubir Azmi, dilayangkan kad merah. Kelantan pula hilang tiga tonggak utama iaitu, Shakir Shaari, Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail (Mat)..
Tapi, perlu ke kita 100% salahkan beliau? Mengikut ulasan pengadil Malaysia bertaraf antarabangsa, Subkhiddin Salleh, pemain2 tersebut memang patut dilayangkan kad merah!

Subkhiddin Mohd. Salleh


Pada masa sama, menurut Subkhiddin, penyokong kedua-dua pasukan tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh pengadil gagal menjalankan tanggungjawab, namun perlu melihat semangat permainan bersih yang gagal diterapkan pada malam berkenaan.


''Pasukan yang bermain pada malam itu juga tidak banyak membantu kelancaran perlawanan lantas menjejaskan tumpuan pengadil.


''Jika kedua-dua pasukan mempunyai semangat kesukanan, insiden lima kad merah tidak berlaku.


''Segelintir penonton juga ada yang bukan mahu menonton perlawanan tetapi lebih suka tengok pertembungan atau pergaduhan antara pasukan, sepatutnya penonton bersikap profesional," katanya.


''Memang ada beberapa situasi yang tidak boleh dikategorikan untuk mendapat tindakan disiplin, sebaliknya memadai dengan amaran secara lisan dan sepakan percuma, namun saya faham situasi pengadil pada perlawanan berkenaan," katanya lagi.
-UTUSAN MALAYSIA


HAHAHA... so kpd penyokong2 fanatik tuh diminta bersabor dlu... jgn nak maen tuduh jer.. reff nih cuma menjalankan tanggungjawab dia.. punca masalah yg sbenar nya datang drpd segelintir pihak yg nak sgt bikin hal..bikin stadium kecoh.. ikut suka mak bapak diorang jer nak provoke sana provoke sini.. ( paham2 jer r penyokong mane kan...takkan penyokong yang bertandang kot yg nak provoke..mesti r penyokong2 tuan rumah ) last2 pemain2 gak yg stress, hilang tumpuan.. bila dah stress ada la plak pemain yg naik antu, tersalah tumbuk atau memang diSENGAJAkan, serta bertindak kasar masa tackle bola.. maka terjadi lah ketegangan semasa bermain bola sepak.. dan bila dah jadi camni reff pun jadik tertekan dan bertindak tidak menggunakan fikiran yg waras lg dlm mengambil keputusan.. pasai tu la yg naek lima kad merah tuh... adoiii... perlu ke semua provokasi2 ni..?? lagi mencemarkan sukan bola sepak tanah air ade ah!
So, aku harap perlawanan Suku Akhir Kedua ni dapat berjalan ngan lancar dan aman tanpa perlunya provokasi2 dari mana2 pihak penyokong.. dan tak lupa gak kepada pengadil, tolonglah bertindak dengan waras! jangan maen sambar jer kad tu..

kepado sep Klate, ambo seru supayo pakat2 bangkitlah demi maruoh negeri kito, pasuke kito.. Ingat! Pialo Malaysia tuh hok kito plok tahun nih.. jange dea jatuh ko tange ore laen... kito bako brani bako pahlawe.. anok cucu cicit tok janggut blako! bia reboh netey make embon, reboh teyrak make pasir skali pong...kito pakat gomo jgok terik nim!!

khas kepado penyokong2 TRW : "AYUH BLAKO PUOK KITO !! TAKDOK CARO LAIN DOH...NGABIS PUN NGABIS LA,ABE YOH INGT LAGI SARBINI HUNGGA PO ORE GILO KELILING PADE NYENYE MASOH FINAL FA ARI TU, PUSINGAN KE 2 NI DI KB..DI GATE H HOK PALING DEKAT DGN PITU GOL..KITO WI SARBINI JADI BUDOK TOK SIUMAN..KITO KASI TURIK TELINGO, PECOH GENDE,OTOK TOKLEH MAIN...MARI SEREMO BAKO TOK JANGGUT ABE YOH SERU KELIK DOK GATE H BELAKO....MISI KITO BELUM HABIS..KALU NI DITAKDIRKAN GAME LAST UTK KITO D PIALO MALAYSIA TAHUN NI, SEKURE-KURE KITO ADO DI MEDAN PERE,,,,MARII BELAKO HULUBALE IKUT ABE YOH KO KOTO BHARU, GATE H TU JGN LUPO SERUUUUUUUUUUUUUUUUUUU ! " - Ultras Kelantan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...