Thursday, October 20, 2011

Bila Manusia Hilang Nilai Kemanusiaan

beginilah akibatnya manusia kalau
sudah tiada perikemanusiaan.. 
sanggup membunuh makhluk yang tidak berdosa 
tanpa ada sedikit pun belas kasihan 
dalam jiwa seorang yang bernama manusia..
langsung tidak memikirkan
betapa seksanya seekor anak kucing
yang dibakar hidup-hidup..
apakah manusia kini sudah 
hilang pertimbangan akal 
dalam melakukan sesuatu perkara?
atau adakah ianya sekadar
untuk melepaskan geram
atau perasaan bencinya
terhadap binatang tersebut.
Aku rase tak perlu kot dia buat
benda2 camni semata-mata
nak tunjuk dia tu tak suka kucing..
Haram jadah mane la yang suka
sangat seksa2 binatang ni?
lau terserempak ngan aku kat mana2
memang aku cincang mampos ar dia ni..
tak payah banyak cakap..
HUH! 
Bagaimana dengan yang ini?
Seorang ibu berusia 16 tahun bertekad 
mengelar bayi yang baru dilahirkannya
membuktikan bahawa manusia sekarang 
memang sudah hilang nilai2 kemanusiaan..
Mungkin jugak pepatah 
" Ibu mana yang tak sayang anak "
dah tak boleh pakai pada zaman sekarang..
Mana tak nye.. asyik2 yang masuk paper
tiap2 hari kes sama.. 
Kes Pembuangan Bayi..
Pandai 'buat', 
tapi tak pandai nak jaga..
Itulah realiti anak2 muda kita sekarang..
Jadi, siapa yang patut dipersalahkan?
Fikir2 kan lah sendiri..

Haa! yang ni pulak ape citer nih?
aku rase memang ramai yang dah tahu
sebab dah kecoh mengenai video klip 
yang berlaku di China nie sejak semalam 
sampai dah keluar dalam tv dan radio pon..
Oleh sebab terlalu takutkan undang-undang 
yang boleh dikategorikan sebagai pelik 
dan juga kejam (kot)..
lebih kurang dalam 15 orang 
yang melalui tempat kejadian itu
tidak mengendahkan kanak2 yang sedang nazak
selepas digilis dua kali oleh sebuah van pada mulanya,
manakala kali kedua digilis oleh sebuah lori..
Begitulah jika kurangnya nilai moral 
dan hak kemanusiaan 
dalam perundangan sesuatu negara..
Padahnya, rakyat yang menderita
akibat daripada didikan yang mendidik 
 semangat pentingkan diri sendiri 
biarpun orang lain ditimpa kesusahan..
  
P/S : DUNIA SUDAH BERADA DI AKHIR ZAMAN
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...